Thursday 7 November 2013

syria berdarah



#SYRIA, IDLIB

Kanak-kanak ini menghidapi penyakit kulit akibat dari masalah ketiadaan bekalan air bersih. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada lori-lori air yang dibawa oleh para perjuang untuk diagihkan kepada semua penduduk di sini. Kami ketemu gadis ini ketika sedang mengedarkan daging korban AidilAdha yang lepas.

Sebenarnya Syria adalah negara yang kaya dengan air terutama dari air bawahtanah, tetapi kekejaman rejim telah meragut keperluan asas mereka ini hanya sahaja kerana menekan rakyat dan menyeksa mereka.

Sumber-sumber air sebelum ini yang disalurkan kepada mereka disekat manakala perigi-perigi air dirampas (disedut) airnya sehingga kering kontang.

Justeru itu demi membantu mereka kami dengan melalui sumbangan anda semua telah membantu mereka dengan menggali semula perigi-perigi itu dan alhamdulillah, air telah keluar mencurah-curah. Namun bekalan air bersih masih lagi menjadi tanda tanya.

Untuk melihat gambar dan sedikit laporan mengenai sumbangan anda berkenaan projek perigi air kita boleh dilihat di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.593788043995600.1073741841.474328599274879&type=3

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotform.me/form/32973019428459

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang budiman

*Sekiranya anda mempunyai teknologi atau idea yang boleh membantu mereka mendapatkan bekalan air bersih bolehlah terus berhubung dengan kami melalui nombor dan email yang diberikan dia atas. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment