Thursday 7 November 2013

Syria sembunyi senjata kimia

Syria sembunyi senjata kimiaUnit pemusnah senjata kimia meneruskan operasi di Damsyik.

DAMSYIK  -SYRIA -  Kumpulan perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa, Syria menyorokkan beberapa senjata kimia ketika operasi pemusnahan senjata terbabit, bulan lalu.

Pegawai tentera berkata, rejim Presiden Bashar al-Assad masih menyimpan komponen senjata kimia berkuasa tinggi.

“Syria bercadang membina lokasi rahsia untuk rizab senjata. Tetapi, perkara itu belum ada bukti,” katanya dipetik AFP

September lalu, Syria bersetuju dengan cadangan Rusia dan AS untuk memusnahkan senjata kimia bagi mengelakkan serangan peluru berpandu AS.

No comments:

Post a Comment