Saturday 9 November 2013

Syria tawan semula pangkalan tentera di Aleppo

Beirut: Tentera Syria menawan semula sebahagian daripada pangkalan tentera yang dikuasai pejuang antikerajaan awal tahun ini selepas berlaku pertempuran sengit berhampiran Lapangan Terbang Aleppo, kata sebuah pertubuhan berpangkalan di Britain semalam.
Pertempuran tercetus pada jam 4 pagi (10 pagi waktu Malaysia) di sekitar Pangkalan 80 di luar Aleppo.

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera kerajaan dibantu militia dan pejuang Hizbullah dari Lubnan bagi memerangi penentang yang turut disertai militan al-Qaeda. “Tentera rejim memasuki pangkalan tentera itu dan kini menguasai sebahagian besar daripadanya.
“Penentang kerajaan sedang memperkukuhkan kedudukan dengan menambah bilangan pejuang,” katanya. Laporan awal membayangkan kedua-dua pihak mengalami kematian dan beberapa bandar berhampiran dihujani bom. - AFP

No comments:

Post a Comment