Monday 9 December 2013

40 mayat wanita, budak dijumpai di pinggir Damsyik


Beberapa penduduk mengusung mayat rakan mereka yang maut dalam satu serangan tentera kerajaan di Raqqa, timur Syria, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 8 Dis. - Sebanyak 40 mayat termasuk wanita dan kanak-kanak ditemukan di bandar al-Nabk, pinggir Damsyik, dalam satu lagi kejadian pembunuhan beramai-ramai, lapor Majlis Revolusi Syria, di sini semalam.
Beberapa jam sebelum penemuan itu, Gabungan Kebangsaan Syria mengeluarkan kenyataan menggesa dunia ‘melindungi orang awam di Syria dan segera campur tangan’ selepas berita mengenai bedilan di al-Nabk dilaporkan.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Syria semalam turut melancarkan serangan di bandar Raqqa, timur Syria mengorbankan 12 orang penduduk termasuk lima kanak-kanak, kata aktivis.
Empat wanita turut maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera.
Mac lalu, penentang kerajaan menawan Raqqa, satu-satunya pusat bandar yang kini ditadbir pembangkang sejak konflik Syria bermula pada Mac 2011.
Kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong Barat, semalam mengumumkan dua komandernya telah dibunuh oleh kumpulan militan al-Qaeda yang mempunyai rangkaian dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Kedua-dua komander tersebut, Mohammad al-Qadi and Ahmad Jahar, telah diculik ketika mengetuai konvoi bantuan dari Turki ke utara Syria.
Mereka dilaporkan ditemui kali terakhir di kem ISIS di bandar Azaz, tetapi sehari kemudian mayat mereka dijumpai oleh penduduk di pinggir Azaz. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131209/lu_05/40-mayat--wanita,-budak--dijumpai-di-pinggir-Damsyik#ixzz2oNhFwN5V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment