Monday 23 December 2013

6 kanak-kanak antara 56 terbunuh keganasan terbaru di Aleppo


2013/12/23
DAMSYIK: Berpuluh orang awam terbunuh dalam keganasan terbaru membabitkan tentera rejim Syria ke atas penduduk tempatan, kata pemerhati hari ini.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, enam kanak-kanak antara 56 yang terbunuh dalam serangan bom menerusi udara di Aleppo dan kawasan kejiranan.


Aktivis berkata, beratus terbunuh minggu lalu apabila pesawat rejim menjatuhkan tong berisi bom di bandar berkenaan.

Sementara itu, pemerhati berkata serangan itu tertumpu kepada kawasan kejiranan pembangkang dan juga perkampungan berdekatan Atareb dan Marea, dan menambah, bilangan mangsa yang terkorban dijangka terus meningkat. - AFP

No comments:

Post a Comment