Monday 30 December 2013

Benghazi bukan perbuatan Al-Qaeda


New York: Al-Qaeda tidak memainkan peranan secara langsung dalam serangan terhadap misi Amerika Syarikat (AS) di Benghazi yang melihat empat warga AS maut pada 11 September tahun lalu, lapor akhbar The New York Times, kelmarin.

Dalam siasatan yang disiarkan di laman webnya berdasarkan liputan meluas yang dilakukan di bandar Libya itu, akhbar berkenaan mendakwa pembunuhan duta AS Chris Stevens dan tiga rakannya didalangi pejuang tempatan.


Laporan itu dilihat mampu mengakibatkan kontroversi di Washington berikutan pentadbiran Obama berkali-kali dituduh menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian di Benghazi itu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya.



Akhbar itu turut mendakwa serangan mungkin disebabkan kemarahan akibat video anti-Islam yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan.


Berdasarkan temuramah dengan rakyat tempatan Benghazi yang didakwa mempunyai maklumat langsung berhubung kejadian itu, akhbar berkenaan berpendapat “tiada bukti Al-Qaeda atau mana-mana kumpulan antarabangsa ada memainkan sebarang peranan.” “Sebaliknya, serangan diketuai pejuang yang meraih keuntungan daripada kekuatan tentera udara dan logistik NATO yang meluas ketika pemberontakan terhadap bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mati dibunuh pada Oktober 2011,” kata akhbar itu.


Menurut laporan itu, berdasarkan keterangan diperoleh daripada pegawai AS, seorang pemimpin pemberontak tempatan bernama Ahmed Abu Khattala dipercayai suspek utama dalang di sebalik kejadian di Benghazi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

No comments:

Post a Comment