Monday 30 December 2013

Ikrar bebaskan Lubnan daripada senjata Hizbullah


Beirut: Sebuah pakatan Lubnan yang menentang pergerakan Hizbullah semalam berkata, negara itu patut bebas daripada senjata kumpulan berkenaan.

“Kami memutuskan untuk membebaskan negara ini daripada pemilikan senjata yang tidak sah bagi mengekalkan kebebasan, kedaulatan dan keamanan,” kata anggota pakatan 14 Mac, Fuad Siniora.


Bekas perdana menteri itu berucap pada majlis pengebumian rakannya Mohammad Chatah, seorang lagi anggota kumpulan itu yang vokal menentang dan mengkritik rejim Syria itu.



Chatah maut bersama enam lain dalam serangan bom di Beirut, Jumaat lalu.


Kumpulan 14 Mac menuduh serangan berkenaan di dalangi Hizbullah dan Syria.


“Kami mahu mengajak rakyat Lubnan menentang keganasan Hizbullan secara aman dan beradab,” katanya.

Beliau menambah ‘perang secara aman’ itu akan diadakan tidak lama lagi.


Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

“Kami mahukan kebebasan dan keadilan. Kami tidak akan mengalah, kami tidak takut. Kami akan melindungi Lubnan - negara berdaulat yang aman,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

No comments:

Post a Comment