Wednesday 18 December 2013

Dua kanak-kanak pelarian Syria terbunuh akibat letupan gas



AMMAN 18 DIs. - Dua kanak-kanak pelarian bersama bapa mereka terkorban semalam selepas sebuah dapur gas meletup di khemah pelarian Syria di Jordan, semalam.
Letupan itu berlaku di Kem Zaatari, kira-kira 10 kilometer dari bandar Mafraq yang menempatkan lebih 100,000 buah khemah pelarian.
"Yasin al-Hariri, 40, bersama seorang anak lelaki yang berusia lapan tahun dan anak perempuan yang berusia tiga tahun meninggal dunia akibat kecederaan serius, selepas dapur gas meletup kelmarin dan menyebabkan khemah mereka terbakar," kata ketua pengarah hospital di Mafraq, Samir Mashaqbeh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131218/lu_01/Dua-kanak-kanak-pelarian-Syria-terbunuh-akibat-letupan-gas#ixzz2nrpiPmzo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment