Thursday 12 December 2013

Kota Daraya – Pinggiran Damsyik



Bandar Daraya terletak di selatan- barat Damsyik . Ia merupakan tapak yang paling berat daripada pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan oleh rejim terhadap orang awam :Pada Ogos 2012, pembunuhan yang meragut nyawa lebih daripada 700 orang yang mati syahid dalam masa satu hari .

Pada November 2012, rejim telah mengukuhkan kepungan ke atas bandar dengan menutup semua pintu masuk dan menafikan akses serta keluar , dan meninggalkan 6000 orang awam dikepung di dalam.
Bandar ini mengalami kekurangan kritikal bahan makanan asas dan bekalan perubatan. Kebanyakan keluarga yang masih hidup hanya makan sekali sehari ,biasanya beras dengan beberapa herba jika ada. Bandar ini kehabisan tepung dan roti lima bulan lalu. Lebih-lebih lagi terdapat kekurangan bekalan makanan untuk kanak-kanak(bayi).
Bandar ini juga mengalami kekurangan kritikal perubatan dan peralatan perubatan .Bekalan-bekalan ini habis kerana pengepungan yang berterusan . Menurut laporan,beberapa kematian telah direkodkan sebagai hasil daripada kekurangan rawatan perubatan yang diperlukan.
Bilangan orang yang dipindahkan dari bandar ini dianggarkan sekitar 250,000. Mereka telah tersebar di seluruh Pinggiran Damsyik di samping wilayah Syria lain atau di luar negara.
Ada di antaranya yang mengalami hidup di bawah kepungan di tempat-tempat mereka sesaran.

No comments:

Post a Comment