Friday 13 December 2013

Misi Bantuan Musim Sejuk Kepada Pelarian Syria Di Jordan.



Musim sejuk kembali lagi di bumi Jordan. Sudah menjadi kebiasaan, persiapan rapi akan dilakukan untuk menghadapi sejuk yang menggigit. Selimut dan pemanas dibeli melengkapkan keselesaan. Beberapa hari lalu, kami berkunjung ke dua buah kem yang terletak berdekatan sempadan Syria-Jordan. 2 kem berbeza ini menempatkan 24 keluarga dan yang sebahagiannya adalah kanak-kanak.

Tiada apa persiapan yang mereka lakukan untuk menghadapi musim sejuk yang sudah mula menunjukkan taringnya. Cuma beberapa helai selimut nipis pemberian insan prihatin menjadi pelindung anak-anak kecil di sini. Malah ada yang masih berseluar pendek kerana tiada pakaian tebal yang mampu dibeli.

Seorang kanak-kanak menunjukkan tangan dan muka beliau yang mula kering dan menggelupas akibat sejuk. Mereka tidak punya pemanas untuk memanaskan badan apatah lagi air panas untuk mandi. Beberapa minggu lalu, ramalan kajian mengatakan Jordan akan mengalami musim sejuk yang paling sejuk untuk tempoh 100 tahun! Tahun lalu, bandar Mafraq, Jodan yang dihuni ratusan ribu pelarian Syria ini dihujani salji. Bayangkan kesejukan yang perlu ditanggung oleh mereka di dalam khemah-khemah senipis kain guni.

Juga pelarian yang tinggal di rumah-rumah dengan hanya bertemankan selimut biasa! Benarlah, kita tidak perlu menjadi rakyat Syria untuk bersimpati, tetapi kita hanya perlu menjadi manusia untuk sama-sama merasa.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Tangisan Syria Di Bumi Jordan melancarkan misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di Jordan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan saya di:

FB: https://www.facebook.com/musa.nuwayri?fref=ts

Untuk bantuan ke misi ini, boleh terus bank-in ke: 03010106139527(CIMB) atas nama Ahmad Musa Al-Nuwayri(Koordinator Tangisan Syria Di Bumi Jordan)

Memandangkan akaun ini sudah dikhaskan untuk pelarian Syria yang ramai, jadi sebarang bank in terbaru untuk misi ini perlu dimaklumkan kepada kami untuk diasingkan.

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudara sesama Islamnya, maka mereka bukan termasuk dalam kalangan kami."

Usah Sedih Jika Anda Tidak Mampu, 'SHARE' Juga Sudah Sangat-Sangat Membantu.

No comments:

Post a Comment