Friday 13 December 2013

Salji bawa derita kepada pelarian


Beirut: Ribut musim sejuk yang melanda Timur Tengah semalam memaksa banyak jalan dan sekolah ditutup serta menyelimuti khemah pelarian Syria dengan salji. Di kawasan khemah pelarian di seluruh Lubnan, pelarian Syria terpaksa melalui jalan berlumpur dan baju nipis yang sekadar memberi sedikit kelegaan kepada mereka.

Berjuta-juta lagi pelarian di Syria turut menderita dengan kedatangan musim sejuk itu.



Sementara itu di tempat lain suhu menurun mendadak, termasuk di Baitulmaqdis dengan kebanyakan sekolah ditutup.

Keadaan dijangka semakin buruk hari ini.

Perkhidmatan Meteorologikal Israel menjangkakan suhu di negara itu akan mencecah tiga darjah Celsius dan semakin sejuk ketika malam, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pula terpaksa membatalkan majlis meraikan media asing yang sepatutnya dijalankan malam tadi kerana “cuaca buruk.” Di Gaza pula keadaan dipercayai lebih buruk apabila penduduk di wilayah ditadbir Hamas itu memang berdepan kesukaran akibat sekatan Israel serta Mesir.


Tanpa bekalan bahan bakar, ubat-ubatan serta sistem pembetungan yang daif, kedatangan musim sejuk dan hujan lebat hanya akan memburukkan lagi keadaan mereka.


Di Jordan kerajaan menutup beberapa kementerian, pejabat dan sekolah manakala pihak bank menghentikan operasi kerana salji yang terlalu tebal.

Pihak berkuasa pula menggesa orang ramai tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Di Sinat, Mesir, hujan lebat menghanyutkan sebuah kenderaan polis dan menyebabkan dua daripada mereka cedera.

- AFP

No comments:

Post a Comment