Sunday 15 December 2013

Syria bebaskan 366 tahanan dipenjara Aleppo


DAMSYIK 14 Dis. - Pihak berkuasa Syria semalam membebaskan 366 orang tahanan 'atas alasan kemanusiaan' di penjara Aleppo, utara negara itu yang kini berada di bawah pengepungan penentang kerajaan.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, kumpulan pertama yang melibatkan 10 orang tahanan sudah dibebaskan Khamis lalu dengan kebanyakan daripada mereka pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
"Pihak berkuasa sudah membebaskan 366 orang tahanan di penjara Aleppo, atas alasan kemanusiaan selepas penentang kerajaan mengepung penjara berkenaan," kata agensi berita SANA.
Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, keadaan di dalam penjara tersebut begitu 'teruk' dan para banduan di sana dibebaskan bagi mengelakkan mereka diserang pelbagai penyakit termasuk batuk kering. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131214/lu_02/Syria-bebaskan-366-tahanan-dipenjara-Aleppo#ixzz2ndCfgxwL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment