Wednesday 8 January 2014

34 ahli ISIL maut bertempur penentang kerajaan


BEIRUT 8 Jan. - Sebanyak 34 orang ahli kumpulan bersenjata dari Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) terkorban selepas bertempur dengan tentera penentang kerajaan, semalam.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kejadian itu berlaku selepas pertempuran antara kedua-dua belah pihak di daerah Jabal Zawiya, wilayah Idlib.
Ahli kumpulan ISIL dan kumpulan yang dikenali sebagai Jund al-Aqsa, telah dibunuh oleh penentang kerajaan sejak beberapa hari lepas, kata kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140108/lu_10/34-ahli-ISIL-maut-bertempur-penentang-kerajaan#ixzz2pnDeJgJ2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment