Sunday 12 January 2014

siapa sebenarnya Najj Najjar??

Kebelakangan ini dilihat banyak 'page' di laman sesawang berusaha keras memfitnah dan mencalar reputasi Mujahidin FSA, kami tidak pasti sama ada mereka adalah Syiah ataupun Takrifi, tetapi yang pasti mereka tidak waras!

Di sini, terdapat satu 'page' membuat liputan tentang penangkapan seorang lelaki bernama Najj Najjar yang sedang berurusan dengan Amerika dan yang menggelikan hati ialah, lelaki yang didakwa itu juga ada sewaktu pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatilla!!

Kami seratus peratus meyakini sumber ISIS ini kerana ISIS adalah Daulat al Islam dan kami yakin mereka tidak pernah berbohong, kerana berbohong merupakan salah satu daripada tiga tanda Nifaq dan ternyata ISIS memiliki ketiga-tiga tanda-tanda itu.

Walaubagaimanapun, tidak seperti para takrfi muda yang handal dalam teknologi photoshop dan mereka-reka cerita, kami mempunyai hak untuk mengguna pakai akal dan berfikir dengan sewarasnya.

Jadi, siapa sebenarnya Najj Najjar??

Siapa yang mengatakan dia berada di Sabra dan Shatila?
Jika benarlah, dia pernah berada di Sabra dan Shatila sewaktu berlakunya pembunuhan beramai-ramai, bagaimana mungkin dia kelihatan begitu muda sekarang? Jika dia menyertai jenayah yang dilakukan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982.... Sekurangnya dia pasti dalam lingkungan umur 25-30 tahun pada waktu itu, lebih-lebih lagi gambar dia bersama Bush.
Sekarang, kita berada di tahun 2013, maksudnya selepas 34 tahun..

Adakah Najj Najjar PALSU ini kelihatan berusia 64 tahun?

Khas kepada Kumpulan Taksub, tolong cuba reka penipuan yang lebih masuk akal atau cuba hentikan penyebaran Fitnah.
 

No comments:

Post a Comment