Sunday 26 January 2014

Syria ancam tarik diri
26 Januari 2014

Lakhdar Brahimi
Lakhdar Brahimi Brahimi meninggalkan sidang akhbar ketika mesyuarat Geneva II di Switzerland, semalam. Foto: EPA



DAMSYIK - SYRIA . Syria mengancam menarik diri dalam rundingan damai di Geneva selepas dikritik hebat oleh 40 delegasi negara asing, semalam.

Ancaman itu disuarakan Menteri Luar Walid Muallem kepada Perutusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Liga Arab ke Syria Lakhdar Brahimi selepas beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

“Delegasi Syria akan meninggalkan Geneva jika mereka terus menerima kutukan sepanjang rundingan ini,” kata Brahimi, dipetik dari laporan Press TV.

Rabu lalu, ahli Pembangkang Gabungan Kebangsaan dan rejim Presiden Bashar al Assad dikatakan masih tidak serius dan tidak bersedia untuk duduk semeja dalam rundingan itu.

Bagaimanapun, keesokan harinya, PBB cuba untuk meyakinkan kedua-dua delegasi agar meneruskan perbincangan namun usaha itu dikatakan gagal kerana masing-masing terus bertelagah apabila perkara peralihan kuasa dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment