Friday 3 January 2014

syria

ALLAHU AKBAR!


Para pejuang FSA di kawasan pinggir bandar Damsyik telah dikepung sejak berbulan-bulan lamanya tetapi semangat mereka masih ditahap yang tinggi dan penuh keyakinan bahawa Allah swt akan mengurniakan kemenangan kepada mereka. Taktala mereka keluar berjihad ke medan pertempuran, dan komander mereka bertanyakan “Adakah kamu kesejukan?”, jawab para mujahidin ini “Tidak, bahkan Allah swt akan memanaskan badan kami”.

Khabar angin menyatakan bahawa tentera rejim telah menawan semula Moadamiyit Il-Syam sejurus selepas FSA menyerahkan senjata berat mereka adalah tidak benar. Yang sebenarnya tidak seinci pun tanah Moadamiyit Il-Syam dapat dimasuki semula oleh tentera rejim dan ianya akan kekal sedemikian dengan izin Allah swt.

Perbezaan yang nyata di antara pejuang mujahidin di Syria dan diri kita di sini adalah keimanan dan ketaqwaan mereka yang sangat tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada Allah swt sedangkan iman kita sebaliknya adalah amat lemah jika hendak dibandingkan dengan para mujahidin di sana. Semoga Allah swt menjadikan diri kita seperti mereka dan menunjuki kita ke jalan yang benar dan lurus. Amin.

Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment