
Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.
Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.
Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.
“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.
“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.
No comments:
Post a Comment