Tuesday 18 February 2014

FSA tukar ketua tentera baharu


BEIRUT 17 Feb. - Tentera Pembebasan Syria (FSA) berkata, kumpulan itu telah memecat Ketua Turus Tenteranya, Jeneral Selim Idriss (gambar) ekoran kegagalan yang sering dihadapi oleh pasukan tersebut dalam pertempuran menentang tentera Presiden Bashar Al-Assad.
Dalam satu rakaman video di internet, kumpulan FSA berkata, majlis ketenteraan FSA memutuskan untuk menggantikan Selim dengan Brigadier Jeneral Abdel al-Ilah al-Bachir.
Jurucakap FSA, Kolonel Qassem Saadeddine berkata, keputusan itu dibuat untuk menyusun semula struktur pasukan itu.
Selim yang dilantik pada Disember 2012 dikritik kerana beberapa kali gagal di medan perang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140218/lu_05/FSA-tukar-ketua-tentera-baharu#ixzz2tdOrXdeg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment