Monday 17 February 2014

Keperitan yang amat dahsyat....

Dr Zainur Rashid Zainuddin


Sebelum ini saya pernah terbaca beberapa kali mengenai keperitan yang dilalui oleh mangsa tragedi Syria yang berlaku yang menyebabkan mereka kebulur sehinggakan ada yang terpaksa memakan anjing dan kucing untuk terus hidup.

Bahkan ada beberapa ulama di sana yang telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan mereka berbuat demikian dalam keadaan darurat.

Saya sempat menemui 2 aktivis kemanusiaan yang berjaya masuk ke Kem Pelarian Yarmouk di Damsyik setelah melepasi kepungan tentera Bashar al Asad dan juga pihak bersenjata yang menguasai kawasan kem tersebut. Ya, mereka mengesahkan bahawa insiden penduduk Syria yang terpaksa memakan anjing dan kucing sebenarnya memang berlaku.

Ribuan di kalangan mereka telah terkepung selama 8 bulan di kem tersebut. Mereka hanya bertemu dengan makanan asasi seperti roti pada setiap 3 atau 4 atau 5 hari sekali. Ramai di kalangan mereka telah mati kebuluran dan kesejukan sehinggakan pernah berlaku seramai 46 orang yang mati kebuluran dalam tempoh satu hari sahaja di musim dingin baru-baru ini.

Wahai teman kenalan, jangan lupakan mereka.

Sekurang-kurangnya mendoakan kebaikan dan mengambil peduli apa yang berlaku.

Apakah cara lain untuk membantu? Baca lagi :

https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

SEBARKAN !

No comments:

Post a Comment