Monday 3 February 2014

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah hubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak sahaja.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung jika boleh, bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan
 

No comments:

Post a Comment