Monday 3 February 2014

ISIS DITENDANG KELUAR DARI AL-QAEDA, SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS.



Dalam kenyataan bertarikh 27 Januari 2014 bersamaan dengan 25 Rabi' Al Awwal 1435H,Organisasi Al-Qaeda mengumumkan tentang "pemutusan hubungan mereka dengan ISIS, dan berlepas diri dari segala tindakan ISIS, tidak meresetui penubuhannya, tidak redha dengan segala tindak tanduknya, bahkan sudah menyuruh ISIS memberhentikan segala operasinya,dan mengatakatan ISIS bukanlah satu cabang dari Al-Qaeda, dan ianya tidak ada apa-apa hubungan organisasi dengan Al-Qaeda, dan Al-Qaeda tidak bertanggungjawab atas segala tindakan ISIS.Didalam kenyataan itu juga Al-Qaeda menekankan kesetiaan dan kasih sayang dan sokongan mereka kepada semua Mujahidn, dan memberikan komitmen terhadap persaudaraan diantara Kaum Muslimin dan Mujahidin."

Kenyataan ini tidaklah mengejutkan, kerana sebelum ini juga Syeikh Ayman Al-Zawahiri telah memberi dua kali ucapan audio berkenaan ISIS. Pada bulan Jun 2013 Syeikh Ayman mengatakan bahawa penubuhan ISIS tidak mendapat restu pimpinan Al-Qaeda dan menyuruh ISIS di bubarkan dan pulang ke Iraq. Pada bulan Januari pula Syeikh Ayman menegaskan tentang larangan mengkafirkan Muslimin yang lain, dan menggesa para Mujahidin untuk memilih seorang ketua diantara mereka, secara tidak langsungnya memberi isyarat bahawa bukanlah Al-Baghdadi(Ketua ISIS) sahaja yang layak di beri baiah, seperti mana yang didakwa ISIS.

Tetapi mungkin apabila AL-Qaeda melihat bahawa ISIS langsung tidak mengendahkan bukan sahaja tawaran keamanan dari pihak lain bahkan dari ketua AL-Qaeda sendiri, maka mereka mengambil keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan kumpulan yang semakin di luar kawalan ini.

SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS

Setelah tercetusnya perbalahan terbaru yang sangat berdarah di antara ISIS dan Mujahidin yang lain di kawasan-kawasan yang telah di bebaskan di Utara Syria, Syeikh Muhaisini, seorang Ulama' yang berjihad di medan telah mengutarakan satu pelan perdamaian untuk memberhentikan pertumpahan darah. Antara yang dicadangkan adalah semua pihak akan diadili oleh Mahkamah Syariah yang bebas untuk memastikan proses penghakiman berjalan secara adil. Rata-rata semua pihak bersetuju, dari Islamic Front(termasuk Ahrar Shams dan Jaish Al-Islam), Jabha An-Nusra, Jaish Mujahideen, Syrian Revolutionary Council dan kumpulan-kumpulan lain. Akan tetapi ISIS tidak menerima secara terus, bahkan meletakkan beberapa syarat yang dianggap hanyalah sebagai alasan untuk menolah proses perdamaian itu.

Akhirnya, selepas pelawaan perdamaian ditolak oleh ISIS, dan ISIS meneruskan kempen menyerang Mujahidin dari belakang dan membunuh komander-komander Mujahidin dan menghantar bom-bom kereta, Syeikh Muhaisini mengeluarkan kenyataan menceritakan apa yang terjadi. Dalam rakaman audio sepanjang 35 minit bertajuk "Sesungguhnya aku telah menyampaikan", Syeikh Muhaisini bermula dengan menerangkan bagaimana konflik terkini tercetus di Atareb(terlalu panjang untuk dicoretkan disini), dan menyatakan kekecewaanya terhadap ISIS yang menolak usaha perdamaian sekalipun Syeikh Muhaisini telah menarkan supaya Ulama'-Ulama' terkenal seperti Shaykh Sulayman Al-Alwan, Shaykh Ibrahim Al-Rabeesh dan lain-lain untuk menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Beliau juga menyatakan bahawa kebencian manusia terhadap ISIS adalah disebabkan kezaliman mereka, dan ianya bukanlah petanda bahawa mereka di Manhaj yang benar. Beliau berkata bahawa dakwaan ISIS berkenaan wanita Muhajirin dirogol adalah tidak benar, dan beliau telah pergi sendiri ke markaz-markaz Mujahidin untuk memastikan kebenaran berita tersebut.Beliau telah melihat sendiri ramai banduan di penjara ISIS yang dipenjarakan tanpa sebab, dan ramai yang di bunuh hanya atas perkara yang shubha. Beliau juga mengecam tindakan bom kereta ISIS yang banyak mengorbankan orang awam yang tidak bersalah.

Beliau berkata bahawa beliau tidak pernah melihata Ulama-ulama jihad menentang sesuatu gagasan Islam sepertimana mereka menentang ISIS.

Dengan perkembangan terbaru di bumi Jihad Sham ini, mari kita doakan agar Jihad dapat dimurnikan kembali dan mencapai sasaran yang sebenar.

Sumber:
Ucapan Syeikh Muheisini : http://www.youtube.com/watch?v=s08_Tm_Mbyg&feature=youtu.be

Kenyataan Rasmi Al- Qaeda :http://justpaste.it/ea9k
 

No comments:

Post a Comment