Tuesday 25 March 2014

Sepupu Assad dibunuh, Erdogan ucap tahniah

Sepupu Assad dibunuh, Erdogan ucap tahniah
Lokasi bedilan roket dilepaskan di wilayah Latakia . Gambar kecil: Hilal


LATAKIA - SYRIA. Sepupu Presiden Syria, Bashar al-Assad terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pejuang berhampiran sempadan Syria-Turki.

Hilal al-Assad yang juga Ketua Pasukan Pertahanan Syria, maut di Kasab di wilayah Latakia selepas terkena bedilan roket yang disasar ke arah kenderaannya.

Kumpulan Hak Asasi Manusia berpangkalan di Britain mengesahkan kematian itu.

“Roket pertama disasarkan ke kenderaan beliau diikuti roket kedua disasarkan ke rumah Hilal lima minit kemudian," menurut laporan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengucapkan tahniah kepada anggota tenteranya, sekali gus memberi amaran kepada pihak luar yang cuba mencabul keamanan negaranya.

“Pesawat Syria memasuki ruang udara kita secara haram maka itu kami arahkan pesawat F-16 untuk melakukan serangan,” katanya, laporan dipetik dari Al Jazeera.

No comments:

Post a Comment