Sunday 13 April 2014

Serangan gas beracun baharu

Serangan gas beracun baharu
Penduduk di bandar Arbeen di ibu negara didakwa pernah menjadi mangsa serangan gas beracun, Ogos lalu.
13 April 2014
 DAMSYIK - SYRIA. Laporan terbaru pembangkang Syria mendakwa tentera rejim Presiden Bashar al-Assad sekali lagi melancarkan serangan gas beracun di pinggir ibu negara.

Shaam News Network mendedahkan sekurang-kurangnya 100 penduduk di Harasta dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas menunjukkan simptom sesak nafas, akhir bulan lalu.

"Bashar cuba mengaburi mata dunia dengan mematuhi langkah menghapuskan senjata kimia tetapi dalam masa yang sama beliau masih membunuh rakyatnya secara senyap," kata Setiausaha Agung Majlis Kebangsaan Syria (SNC), Badr Jamous, dipetik oleh Al-Arabiya.

Sebagai respons terhadap dakwaan itu, Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) sedang menyiasat sama ada Syria telah melanggar perjanjian terbabit.

No comments:

Post a Comment