Tuesday 20 May 2014

Ketua Tentera Udara Syria maut

Ketua Tentera Udara Syria maut
Penduduk kembali semula ke Homs selepas kumpulan Takfiri berundur dari bandar itu pada minggu lalu. Foto: AFP
20 Mei 2014  DAMSYIK - SYRIA. Ketua Tentera Pertahanan Udara Syria terkorban dalam serangan dilancarkan kumpulan militan Takfiri di pangkalan tentera berhampiran bandar Mleiha.

Kelmarin, media melaporkan Leftenan Jeneral Hussein Ishaq maut akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun, sehingga kini kerajaan Syria masih belum mengesahkan perkara itu.

Dalam perkembangan lain, tentera rejim didakwa merampas semula Damsyik, namun kumpulan militan dilaporkan masih menawan beberapa bandar di pinggir ibu negara.

Pada 12 Mei lalu, kumpulan militan terakhir, Takfiri bersetuju berundur dari Homs mengikut sebahagian daripada perjanjian yang dicapai bersama kerajaan pada 4 Mei lalu.

Kandungan perjanjian tajaan Iran, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menetapkan kesemua daerah dan bandar utama diletakkan semula di bawah kawalan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

Selain itu, kumpulan militan juga perlu membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke bandar barat laut di Kafr Nabl dan al-Zahraa menurut laporan Press TV

No comments:

Post a Comment