Saturday 3 May 2014

Selepas bedil sekolah, rejim Assad serang pasar

Selepas bedil sekolah, rejim Assad serang pasar
Anggota Briged Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham menolak pesawat MIG ke ruang penyimpanan.
3 Mei 2014  ALEPPO - SYRIA. Pesawat rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad semalam terus bertindak kejam menyerang pasar sehari selepas rejim itu membedil sebuah sekolah kelmarin.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi Sria berpangkalan di Britain melaporkan, serangan terbabit mengorbankan 33 penduduk awam.

“Pesawat tempur rejim melepaskan bom barrel di pasar Halak.  Kejadian itu menyebabkan orang ramai lari bertempiaran,” kata seorang aktivis Abu Faisal.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan dua bangunan berhampiran ranap dan beberapa yang lain terbakar.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Syrai (FSA) mendedahkan video menunjukkan pasukan mereka merampas sebuah pesawat pejuang rejim di utara Aleppo pada April tahun lalu.

Rakaman turut memaparkan, sekumpulan ahli sayap FSA dari Briged  Islam Aleppo dan Ahrah al-Sham memandu pesawat MIG buatan Rusia itu di  lapangan terbang tentera di Jaarah.

Difahamkan, pesawat berkenaan tersadai di lapangan terbang tersebut akibat kehabisan minyak.  - Al Arabiya

No comments:

Post a Comment