Thursday 12 June 2014

500,000 tinggalkan Mosul


2014/06/12 - 08:53:34

Foto
PENDUDUK Mosul yang meninggalkan kediaman mereka di Nineveh, berkumpul di Pusat Pemeriksaan Aski Kalak 40 kilometer ke barat Arbil di wilayah Kurdistan semalam. - Foto AFP


Foto
DUA kanak-kanak berdiri berhampiran sebuah kenderaan yang terbakar ketika pertempuran antara tentera Iraq dan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Mosul semalam. - Foto Reuters
PM Iraq minta parlimen isytihar darurat

BASHIQA, IRAQ: Sekurang-kurangnya 500,000 penduduk melarikan diri dari Mosul apabila kumpulan militan terus mengukuhkan cengkaman mereka selepas mengambil alih kawalan di bandar kedua terbesar di Iraq itu semalam.

Militan jihad yang menggelarkan kumpulan mereka Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) kelmarin, berjaya menawan Mosul, serta wilayah bersebelahannya iaitu Nineveh dan Kirkuk serta wilayah Salaheddin.
“Semalam, mereka cuba untuk menawan Baiji di wilayah Salaheddin tetapi berundur apabila tentera dan polis sokongan tiba,” kata pegawai kerajaan.

Kemaraan mengejut mereka memberi tamparan hebat dan menjadi cabaran utama kepada pentadbiran kerajaan di Baghdad, manakala penganalisis berkata kekuatan mereka akan dikukuhkan daripada tunai bank di Mosul, perkakas daripada pangkalan tentera dan beratus-ratus lelaki yang dibebaskan dari penjara.

Ia juga mencetuskan penghijrahan besar-besaran, dengan keluarga menaiki kereta bersesak-sesak di pusat pemeriksaan di luar bandar utara itu, yang kebiasaannya menjadi lokasi dengan dua juta penduduk saja.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki bertindak balas dengan meminta parlimen mengisytiharkan darurat dan mengumumkan penduduk akan diberikan senjata untuk memerangi mereka.

Amerika Syarikat pula mengingatkan bahawa ISIL mengancam seluruh rantau itu.
Kelmarin, kumpulan bersenjata yang berpakaian tentera serta pakaian serba hitam mengawal bangunan kerajaan dan bank di Mosul, kata saksi yang dihubungi menerusi telefon daripada Bashiqa, sebuah pekan ke di timur.

Mereka memanggil menerusi pembesar suara, supaya kakitangan kerajaan kembali bertugas.

“Saya tidak membuka perniagaan sejak Khamis lalu kerana keadaan keselamatan,” kata pemilik kedai berusia 30 tahun, Abu Ahmed.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata kira-kira separuh juta warga Iraq melarikan diri dari rumah di Mosul selepas bandar itu kalah, bimbangkan peningkatan keganasan.

Pertubuhan yang beribu pejabat di Geneva itu berkata sumber menjangkakan keganasan sehingga membawa kepada kejayaan pengambilalihan kumpulan jihad itu “menyebabkan perpindahan 500,000 penduduk dari dalam dan luar bandar itu”.

“Keganasan di Mosul “menyebabkan ramai penduduk awam cedera,” kata IOM, sambil menambah pertempuran mengehadkan akses kepada perkhidmatan kesihatan daripada empat hospital di kawasan itu. “Sebaliknya, masjid ditukar kepada klinik untuk merawat mereka yang cedera,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment