Friday 6 June 2014

Bashar kekal Presiden Syria


Sebahagian penduduk, mengibarkan bendera Syria sebagai meraikan kemenangan Presiden, Bashar alAssad mengekalkan jawatannya di Damsyik, kelmarin. - AFP
DAMSYIK 5 Jun - Presiden Syria, Bashar alAssad mengekalkan jawatannya untuk penggal ketiga apabila memperoleh kemenangan dalam pilihan raya Presiden yang berlangsung kelmarin, ketika perang saudara di negara ini masih berlanjutan.
Kemenangan Bashar itu juga memberi peluang kepadanya memerintah Syria selama tujuh tahun lagi selepas beliau menjadi pemimpin nombor satu selama dua penggal atau 14 tahun sebelum ini.
Speaker Majlis Rakyat Syria, Jihad Laham dalam pengumumannya berkata, Bashar mencatat kemenangan besar selepas meraih 88.7 peratus undian dan jumlah peratusan undi keluar adalah 73 peratus.
Jelas Laham, pencabar Bashar iaitu Hassan alNouri dan Maher Hajjar seperti yang dijangka kurang memberi cabaran, apabila masingmasing memperoleh undian sebanyak 4.3 peratus dan 3.2 peratus.
Pemilihan semula Bashar dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan beliau dalam memerangi pemberontakan kumpulan penentang kerajaan yang mahu pemimpin berusia 48 tahun itu digulingkan.
Kumpulan penentang Bashar bagaimanapun menyifatkan kemenangan beliau sebagai 'lakonan demokrasi' bagi mengekalkan kuasanya.
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan kerajaan Syria yang hanya membuka pusat pengundian di kawasan yang dikuasai pemerintah selepas kebanyakan wilayah di negara ini terjejas akibat perang saudara yang berlanjutan sejak lebih tiga tahun lalu.
Malah, pilihan raya berkenaan berlangsung ketika lebih 40 peratus daripada 22.4 juta penduduk dipindahkan ke kawasan lain akibat konflik perang saudara, selain kirakira 2.8 juta lagi menjadi pelarian di negaranegara jiran. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140606/lu_05/Bashar-kekal-Presiden-Syria#ixzz33oN9fAoj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment