Friday 27 June 2014

Penderitaan penduduk kawasan Al Ghota berterusan:

Penderitaan penduduk kawasan Al Ghota berterusan:
Bashar Al Assad hari ini telah melakukan penyembelihan yang dahsyat di kem pelarian Khan Al Sheikh di kawasan Barat Al Ghotah menggunakan bom tong barrel, menyebabkan terbunuhnya satu keluarga yang terdiri dari 11 orang, termasuk 7 kanak-kanak...

Kawasan Timur Al Ghouta pula menjadi sasaran serangan yang gila, di mana tentera Al Assad menggunakan pelbagai jenis senjata ke atas bandar Maleeha untuk hari yang ke 81 berturut turut, di mana pesawat perang melancarkan 15 serangan udara setakat ini, disertai penerbangan jet pejuang di langit bandar itu... Dan juga tentera Al Assad melancarkan serangan roket sehingga bilangan roket mencatat 21 roket..Meriam mortar pula hampir tidak henti-henti... Tambah lagi serangan meriam dan kereta kebal di bandar dan ladang-ladang sekitar Al Maleeha, di samping pertempuran dahsyat yang berlaku antara pejuang tentera pembebasan Syria dan askar Al Assad...

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
CIMB
Syria Care
8601-89-4560

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

No comments:

Post a Comment