Wednesday 23 July 2014

Erdogan tidak lagi hubungi Obama


ISTANBUL 22 Julai - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa beliau tidak lagi menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan politik antara Ankara dan Washington.
Turki yang menentang pentadbiran Presiden Syria, Bashar al-Assad dan secara terbuka menyokong kumpulan penentang kerajaan berasa dikhianati selepas AS berundur daripada mengenakan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik pada September tahun lalu.
"Pada masa lalu saya sering menghubungi Obama kerana saya tidak mendapat sebarang keputusan yang diharapkan ke atas Syria dan Menteri Luar kami sering menghubungi rakan sejawatnya daripada AS.
"Kini saya lebih banyak bercakap dengan Naib Presiden AS, Joe Biden. Saya hubungi dia (Biden) dan dia (Biden) juga ada hubungi saya," jelas Erdogan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140723/lu_10/Erdogan-tidak-lagi-hubungi-Obama#ixzz38EycTTMN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment