Thursday 10 July 2014

Hadi al-Bahra presiden gabungan Syria


BEIRUT 9 Julai -Gabungan Kebangsaan Syria memilih Hadi al-Bahra, ketua perundingnya di Geneva sebagai Presiden baharu gabungan itu pada mesyuarat tiga hari di Istanbul.
Hadi, seorang jurutera industri yang menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS) akan menggantikan Ahmad Jarba yang berkhidmat selama dua penggal.
Seperti Jarba, Hadi juga mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi dan pernah menetap di sana.
"Hadi memenangi jawatan itu dengan 62 undian," lapor satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook milik pakatan berkenaan, hari ini.
Walaupun ditetapkan sebagai badan utama yang mewakili kumpulan pembangkang Syria oleh AS dan kuasa-kuasa lain, Gabungan Kebangsaan Syria mempunyai kuasa yang terhad memandangkan kumpulan militan menguasai negara tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_07/Hadi-al-Bahra-presiden-gabungan-Syria#ixzz370vhUcgs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment