Thursday 11 September 2014

Serang IS di Syria

Washington (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berikrar untuk menyerang Militan Negara Islam (IS) dengan melancarkan serangan udara besar-besaran di Syria buat pertama kali dan meluaskan operasi di Iraq.

Dalam ucapan yang disiarkan di AS awal pagi ini, Obama berkata mereka akan melancarkan serangan besar-besaran di Timur Tengah dan berjanji untuk membantu pasukan keselamatan Iraq serta Syria.
Katanya IS, yang telah menyembelih dua wartawan AS serta merampas sejumlah tanah di Iraq dan Syria adalah kumpulan yang amat kejam dan bertekad untuk menghapuskan mereka.
"Objektif kami jelas: kami akan melumpuhkan dan menghancurkan IS melalui strategi anti-keganasan yang lengkap.
"Saya tegaskan bahawa kami akan memburu pengganas yang mengancam keselamatan negara kami walau di mana mereka berada," katanya.
Bagaimanapun dia menjelaskan askar AS tidak akan terlibat secara langsung dalam pertempuran dan tidak memaklumkan bila serangan udara akan bermula.
Anggota IS dilaporkan membunuh tahanan serta penduduk yang enggan mengikuti arahan mereka.
Malaysia sebelum ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dan perbuatan jenayah IS di Syria dan Iraq yang memberi alasan melakukannya atas nama agama sedangkan Islam agama keamanan.

- Agensi
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/11

No comments:

Post a Comment