Friday 26 September 2014

Serangan terbaharu sekutu AS sasar dua wilayah di Syria

JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2014 @ 3:12 PM

 
JURUSALEM: Serangan udara terbaharu tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) untuk memerangi anggota jihad Negara Islam (IS) membabitkan dua wilayah di Syria dalam tempoh semalaman.

Serangan yang masuk hari kedua itu mensasarkan kemudahan loji minyak, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, hari ini.

Serangan terbaharu itu membedil timur Wilayah Dier Ezzor dan Wilayah Hasakeh, kedua-duanya menjadi sasaran tentera bersekutu sejak semalam.

Badan yang berpangkalan di Britain itu berkata, sekurang-kurangnya dua kawasan di Deir Ezzor dibedil dengan sasaran di tempat kemudahan minyak.



Serangan di Hasakeh bagaimanapun tidak jelas sasaran yang dituju, demikian menurut Pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kecederaan atau mereka yang maut dalam serangan berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment