Saturday 13 September 2014

Syria mahu sertai pakatan


“Keganasan tidak bermula di Syria hari ini.
Ia bermula empat tahun lalu apabila kebangkitan menentang kerajaan bermula.
“Kerana ia mangsa keganasan, maka adalah penting Syria ikut serta dalam pakatan itu,” kata Buthaina Shaaban, penasihat Presiden Bashar al-Assad semalam.
Dia berkata demikian sebagai mengulas langkah Amerika Syarikat membentuk pakatan untuk memerangi IS yang beroperasi di Syria dan Iraq.
Pakatan itu secara terang tidak mahu Damsyik menyertainya sementara Washington berkata, ia merancang serangan udara di Syria, menyasarkan IS, tetapi tidak akan bekerjasama dengan rejim Bashar.
Sekutu Bashar lain, termasuk Russia, China dan Iran, juga tidak dipelawa menyertai pakatan itu.
“Semua negara yang menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam IS mesti menjadi sebahagian daripada pakatan yang memerangi keganasan,” kata Buthaina.

- AFP
Foto
SEORANG askar Iraq memeriksa mayat anggota IS yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di pinggir bandar Haditha, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/13

No comments:

Post a Comment