Thursday 9 October 2014

14 maut dalam tunjuk perasaan


Istanbul: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam keganasan tunjuk perasaan oleh kumpulan pro-Kurdis di tenggara Turki semalam.

Pertempuran berlaku ketika etnik Kurdis berang dengan pendirian kerajaan yang kurang menonjol bagi mengekang kemaraan kumpulan pejuang di Syria.


Lapan daripada kematian itu berlaku di Diyarbakir - bandar utama Kurdis - yang menyaksikan rusuhan paling buruk sejak kelmarin.

Sumber berkata, pertempuran dengan polis menyebabkan kerosakan besar di bandar itu dengan sebahagian kedai dan bas dibakar.


Kematian lain dilaporkan berlaku akibat keganasan di Mardin, Siirt, Batman dan Mus - semuanya terletak di tenggara Turki.


Kerajaan mengerah tentera ke jalanan di bandar Diyarbakir, Mardin dan Van bagi mengekang tunjuk perasaan.

Sekolah tempatan ditutup dan penerbangan dibatalkan.

Protes itu mula tercetus pada malam Isnin lalu tetapi keganasan pada kelmarin adalah paling buruk dilaporkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

No comments:

Post a Comment