Saturday 4 October 2014

Doktor wanita antara 22 rakyat Malaysia dilapor terbabit militan IS di Syria





04/10/2014 9:04pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua wanita dan dua lelaki adalah antara 22 rakyat Malaysia yang berada di Syria dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan maklumat risikan, dua daripada mereka merupakan pasangan berusia 23 dan 29 tahun berasal dari Selangor dan Terengganu.

Beliau berkata, seorang lagi wanita rakyat Malaysia yang terbabit merupakan seorang doktor berusia 26 tahun yang berkahwin dengan anggota kumpulan militan IS.

"Sementara seorang lagi merupakan lelaki Malaysia berusia 35 tahun yang ke Syria bersama isterinya yang berumur 46 tahun, seorang warganegara asing," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan doktor wanita itu melalui Facebook ‘Diary of a Muhajirah’ yang cuba mempengaruhi wanita tempatan menyertai militan IS, Ayub Khan berkata, kenyataan itu adalah membimbangkan, memandangkan pengaruh melalui laman sosial adalah terlalu kuat. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3FBvrPHvZ
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment