Saturday 4 October 2014

Assad muncul tunai solat Aidiladha

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar Assad membuat penampilan di khalayak umum hari ini apabila bersama rakyat menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di sebuah masjid di Damsyik, hari ini.
Stesen televisyen Syria menayangkan video Assad bersembahyang di Masjid al-Numan Bin Bashir bersama pegawai kanan kerajaan dan Mufti Besar Syria, Ahmad Badreddine Hassoun.
Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidiladha hari ini dengan mengumumkan cuti selama tiga hari.
Assad amat jarang muncul di khalayak awam sejak tercetusnya perang saudara di negara berkenaan yang didakwa aktivis mengorbankan lebih 190,000 nyawa rakyat negara itu.
Kali terakhir Assad muncul pada Julai lalu ketika menyertai umat Islam menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri. - AP

No comments:

Post a Comment