Wednesday 29 October 2014

Turki mahu FSA kuasai Kobane


Istanbul: Turki mahukan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menguasai Kobane, bandar sempadan Syria sekiranya kumpulan Negara Islam (IS) ditumpaskan, bukan pejuang Kurdis atau tentera Presiden Bashar al-Assad.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen BBC semalam, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu, menggesa diwujudkan ‘strategi bersepadu’ dengan Amerika Syarikat bagi melengkap dan melatih pejuang FSA serta menggulingkan Bashar.

Beliau membayangkan Turki hanya akan menawarkan pangkalan udara dan kemudahan tenteranya yang lain kepada pakatan antarabangsa yang memerangi IS sekiranya strategi itu dipersetujui.

“Amerika Syarikat (AS) perlu melengkap dan melatih FSA bagi memastikan jika ISIS tumpas, rejim Bashar tidak akan berkuasa, begitu juga dengan kumpulan Kurdis,” katanya.

Turki bimbang Kobane akan dikuasai oleh pejuang Kurdis yang mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Parti itu melancarkan pemberontakan sejak 30 tahun lalu untuk memerintah sendiri. Ia dianggap kumpulan pengganas oleh Turki, AS dan kebanyakan negara Barat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:09 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4889#sthash.KmglargA.dpuf

No comments:

Post a Comment