Wednesday 29 October 2014

70 tentera Syria dipenggal

PENDUDUK Syria mencari barang yang mungkin masih boleh dipakai di celah runtuhan bangunan di kawasan kejiranan Kalasa di Aleppo, utara Syria, semalam. Aleppo terbahagi kepada dua antara penyokong pemberontak di timur dan penyokong kerajaan di barat sejak perang saudara meletus pada 2012.
Syria: Kira-kira 70 pegawai kanan tentera Syria dipenggal selepas anggota Negara Islam (IS) dan Barisan al-Nusra melancarkan serangan serentak terhadap pusat pemeriksaan tentera, ibu pejabat polis dan pejabat gabenor di barat laut Syria.
Semua serangan berlaku di bandar Idlib, lapor aktivis dan media Syria.
Bandar berkenaan yang dikuasai tentera Syria ialah ibu negeri wilayah Idlib.
Pegawai terbabit yang ditahan di bangunan ibu pejabat polis dan pejabat gabenor dipercayai dipenggal sebelum tentera yang setia kepada rejim Bashar al-Assad tiba untuk menyelamat mereka.
Serangan semalam adalah yang paling serius sejak penentang Bashar menguasai beberapa kampung dan bandar sekitarnya lebih dua tahun lalu.
Pertempuran itu tidak ada kaitan dengan peperangan yang berlaku antara IS dengan pejuang Kurdis Syria yang berebut untuk menguasai Kobane, bandar strategik di sempadan Syria-Turki.
Kumpulan pemerhati hak asasi Syria berkata, Barisan Nusra dan kumpulan lain mengebom Idlib sebelum melancarkan serangan menyasarkan pusat pemeriksaan tentera dan bangunan kerajaan.
Menurutnya, dalam satu serangan, empat Barisan al-Nusra meletupkan diri mereka satu pusat pemeriksaan, menyebabkan beberapa tentera mati.
“Ia tamparan hebat kepada moral rejim Bashar,” kata Aad Kanjo, aktivis penentang yang berpusat di bandar Saraqeb.
Kumpulan pemerhati itu berkata, penentang terbabit dibantu oleh beberapa anggota polis yang mengawal di ibu pejabat polis dan pejabat gabenor.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:11 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4893#sthash.2325CHlE.dpuf

No comments:

Post a Comment