Friday 9 January 2015

Pelarian Syria paling ramai

Geneva: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pelarian Syria kini lebih ramai daripada warga Afghanistan selepas terpaksa melarikan diri ke lebih 100 negara akibat perang saudara di tanah air mereka.
Pelarian Syria direkodkan lebih 3 juta orang pada 2014 iaitu hampir satu dalam empat daripada 13 juta pelarian di seluruh negara yang mendapat bantuan PBB.
Jumlah berkenaan - yang tidak merangkumi pelarian Palestin - yang paling tinggi sejak tahun 1996, kata badan dunia itu dalam satu laporan.
Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian PBB Antonio Guterres berkata, kira-kira lima juta pelarian Palestin pula menerima bantuan berasingan daripada agensi khas PBB, Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA).
“Selagi masyarakat antarbangsa gagal memikirkan penyelesaian politik bagi konflik sedia ada dan mengelak perbalahan baru, kita akan terus berdepan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekurang-kurangnya 200,000 orang mati dan separuh daripada populasi Syria kehilangan tempat tinggal sejak konflik bermula pada Mac 2011 ekoran protes yang berakhir dengan perang saudara.s
Sementara itu, Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, kira-kira 5.5 juta orang di seluruh dunia terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk menjadi pelarian dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:03 AM


DUA pelarian Syria duduk di kaki lima ketika salji melanda Istanbul, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22299#sthash.nc2jHooS.dpuf

No comments:

Post a Comment