Penempatan tersebut memenuhi rayuan sebanyak 10 peratus daripada agensi PBB untuk memberi bantuan penempatan semula kepada pelarian yang melarikan diri daripada keganasan di kedua-dua negara.
Menurut laporan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, jumlah pelarian Syria mengatasi bilangan pelarian di Afghanistan yang merupakan pelarian paling ramai memerlukan perlindungan.
"Penduduk Syria dan Iraq berdepan dengan keganasan paling dahsyat di dunia," ujar Menteri Imigresen, Chris Alexander, yang menunjukkan Militan Negara Islam (IS) melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Syria dan Iraq secara sistematik berikutan tidak mematuhi ajaran Islam.
Sejak 2009, Kanada menerima 20,000 pelarian dari Iraq dan lebih 1,000 pelarian Syria juga berhijrah ke Kanada sejak perang saudara bermula pada 2011.
Pembangkang bagaimanapun, mengkritik kerajaan kerana lambat bertindak dan tidak menerima pelarian dari pelbagai wilayah. - AFP