Menurut jurucakap OPCW, Peter Sawczak, operasi memusnahkan tapak itu lewat sebulan daripada jadual berpunca daripada syarikat kontraktor terlibat dalam proses tersebut menarik diri.
Kerajaan Syria sebelum ini berkata, tugas memusnahkan 12 tapak dan terowong yang digunakan untuk menghasilkan senjata kimia sepatutnya bermula pada November lalu.
Tetap satu daripada dua syarikat tempatan yang ditugaskan untuk memusnahkan terowong tersebut terpaksa menunggu lama penghantaran bahan letupan dan peralatan lain, menyebabkan proses tersebut tertangguh.
Sumber yang rapat dengan OPCW melaporkan, proses memusnahkan bermula di bahagian terowong, tetapi masalah salji tebal melambatkan jadual.
“Damsyik menetapkan sasaran untuk memusnahkan satu terowong setiap bulan,” tambah sumber itu.
Julai lalu, OPCW yang ditugaskan untuk memantau proses memusnahkan tapak penghasilan senjata kimia di Syria, memberi masa selama 60 hari kepada kerajaan Syria untuk berbuat demikian.
Damsyik sebelum ini mematuhi perjanjian untuk menghentikan operasi penghasilan senjata kimia pada Oktober 2013, tetapi masih perlu memusnahkan lokasi pembuatan bahan berbahaya itu.
Sebanyak 1,300 tan metrik bahan senjata kimia telah dikeluarkan di Syria dan kebanyakannya dimusnahkan di luar negara oleh tentera Amerika Syarikat (AS). – AFP