Thursday 9 April 2015

Syria sedia bekal senjata


Damsyik: Syria bersedia menawarkan bekalan senjata kepada penduduk Palestin di kem pelarian Yarmouk unntuk membantu mereka memerangi dan mengusir militan Negara Islam (IS) di kem pelarian itu.
Keadaan yang semakin buruk di kem berkenaan mendorong Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak supaya lebih banyak akses diadakan untuk membantu penduduk yang terperangkap di antara militan IS dan pasukan kerajaan.
Pertempuran sengit itu yang bermula 1 April lalu sudah berakhir tetapi tentera kerajaan Bashar al-Assad masih menggugurkan bom tong di kem itu yang terletak enam kilometer dari tengah Damsyik.
Di Damsyik, Timbalan Menteri Luar Faisal Meqdad berunding delegasi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Ahmad Majdalani.
“Pihak berkuasa Syria bersedia membantu pejuang Palestin di kem itu dengan pelbagai cara, termasuk ketenteraan, bagi mengusir IS dari kem terbabit,” kata pegawai PLO Anwar Abdul Hadi yang turut menghadiri mesyuarat itu.
Kebanyakan kumpulan Palestin di Yarmouk menentang regim Bashar tetapi kehadiran IS di situ mencetuskan kebimbangan di Damsyik kerana ia menandakan kumpulan itu sudah terlalu hampir dengan bandar raya itu.
Sementara itu, penduduk kem itu menyifatkan keadaan di situ sebagai amat teruk.
“Sebelum ini saya menggelar kem itu penjara besar. Tetapi kini ia berbeza dan lebih teruk.
“Seorang pemuda di sebelah kediaman saya terbunuh dalam serangan letupan bom. Kami hanya mengutip cebisan mayatnya,” kata seorang pelarian, Samer.
Kebanyakan doktor di kem itu sudah melarikan diri. Yang tinggal hanya paramedik untuk merawat mangsa yang cedera.
Seorang lagi penduduk memberitahu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mati kelmarin di pinggir Yarmouk selepas ia menjadi mangsa penembak curi.
Sejak 2012, Yarmouk menjadi kawasan yang hampir tidak dapat dimasuki selepas ia dikepung oleh tentera kerajaanm menyebabkan sekurang-kurangnya 200 mati kerana kekurang zat makanan dan perubatan, kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.
Sementara itu, kumpulan berkenaan yang berpejabat di Britain berkata, militan IS kini menguasai bahagian selatan, barat dan timur Yarmouk. -AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42467#sthash.khji0C2V.dpuf

No comments:

Post a Comment