Monday 18 May 2015

32 militan terbunuh

Beirut: Serangan yang dilakukan pasukan komando tentera Amerika Syarikat di timur Syria dilapor menyebabkan 32 anggota Negara Islam (IS) terbunuh, termasuk empat pemimpinnya.
“Operasi AS meragut nyawa 32 anggota IS, antaranya empat pegawai, termasuk menteri minyak Abu Sayyaf, timbalan menteri pertahanan dan seorang pegawai komunikasi,” jelas ketua pemerhati Syria untuk Hak Asasi Rami Abdel Rahman, semalam.
Pegawai Amerika Syarikat sebelum ini berkata, lebih 12 orang terbunuh dalam operasi yang dilakukan Jumaat lalu yang dijalankan oleh komando negara itu di Iraq.
Matlamat operasi itu sebenarnya untuk menawan Abu Sayyaf.
Menurut Rami, tiga daripada empat pegawai IS yang mati itu berasal dari utara Afrika sementara pegawai komunikasi yang terbunuh warga Syria.
Presiden Barack Obama meluluskan operasi berkenaan yang tertumpu di kawasan al-Omar, antara lapangan minyak terbesar Syria yang terletak di wilayah Deir Ezzor, timur Syria.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ash Carter menyifatkan operasi itu tamparan kepada IS.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:07 AM


SEORANG lelaki menggendong mayat seorang kanak-kanak melintasi celah runtuhan bangunan berikutan serangan udara yang dilakukan tentera Syria di Saraqeb, tenggara Idlib, semalam. Sekurang-kurangnya 48 orang awam terbunuh dalam serangan itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51665#sthash.kzuo4Lvu.dpuf

No comments:

Post a Comment