Monday 5 October 2015

Bashar yakin menang


AFP
Beirut: Presiden Bashar al-Assad berkata, Syria, Russia, Iran dan Iraq bersepakat dalam memerangi keganasan dan beliau yakin usaha itu akan berjaya.

Bagaimanapun, pemimpin Syria itu memberi amaran, kegagalan mereka akan memberi padah yang hebat kepada Asia Barat.

“Pakatan empat negara ini akan menghasilkan keputusan yang praktikal, tidak seperti pakatan yang diketuai Amerika Syarikat yang sudah melancarkan kempen serangan terhadap militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq sejak setahun lalu tetapi tidak ada kesan.

“Sebaliknya, serangan mereka hanya meningkatkan keganasan. Syria dan sekutunya mesti berjaya atau kami akan berdepan dengan kemusnahan di seluruh rantau ini,” kata Bashar dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen Iran.

Pemimpin Syria itu juga berkata, hanya rakyat negara itu sahaja boleh membuat keputusan mengenai perubahan terhadap sistem politik Syria atau pemimpinnya.

“Perbincangan mengenai sistem politik atau pemimpin di Syria adalah masalah dalaman Syria,” kata Bashar.

Penentang Bashar, baik tempatan mahupun antarabangsa berkata, perang saudara Syria yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan menyebabkan ratusan ribu terbunuh serta jutaan lagi hilang tempat tinggal mesti membabitkan peletakan jawatan Bashar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:08 AM


BASHAR

No comments:

Post a Comment