Friday 23 October 2015

Czech bogelkan pendatang


Geneva/Prague: Pesuruhjaya Tinggi Untuk Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zeid Ra’ad al-Hussein menuduh Republik Czech melanggar hak asasi manusia secara sistematik apabila menahan pelarian sehingga 90 hari dan membogelkan mereka untuk mencari wang bagi membiayai kos penahanan mereka.

“Pelanggaran hak asasi manusia itu nampaknya memainkan peranan penting dalam dasar kerajaan Czech yang bertujuan menghalang pelarian dan migran daripada memasuki atau tinggal di negara itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Dia turut menyuarakan kebimbangan kerana dasar penahanan itu turut diiringi kenyataan awam untuk menaikkan semangat bencikan orang asing, khususnya anti-Islam oleh Presiden Milo Zeman, selain menyelar petisyen awam menentang imigresen yang dilancarkan bekas presiden Václav Klaus.

Zeman menolak kritikan itu dan jurucakapnya berkata: “Presiden sudah lama memberi amaran mengenai ancaman fundamentalisme Islam.

“Inilah pendiriannya dan dia tidak akan mengubahnya semata-mata kerana didesak pihak luar.”

Agensi pelarian PBB, UNHCR berkata, majoriti mereka yang melarikan diri ke utara dari Turki melalui Greece berharap untuk ke Jerman dan mereka adalah pelarian, bukan migran ekonomi.

“Mereka berhak untuk mendapat perlindungan dan suaka,” katanya.

Kebanyakannya dari Syria. Zeman mendakwa kumpulan itu akan cuba melaksanakan undang-undang syariah termasuk kononnya merejam wanita yang berzina dan memotong tangan pencuri. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 11:10 AM

SEORANG wanita yang mendukung bayinya berteduh dari hujan ketika menunggu masuk ke kem pendaftaran migran selepas melintas sempadan Greece-Macedonia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87446#sthash.2woWDOX9.dpuf

No comments:

Post a Comment