Friday 23 October 2015

Rejim Bashar teruskan serangan


REUTERS - SEORANG anggota pertahanan awam mengusung mangsa dalam serangan tentera Syria di pekan Marshamsha, selatan Idlib kelmarin.


BEIRUT – Berpuluh-puluh ribu penduduk me­larikan diri daripada kemaraan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, selepas ­sera­ng­­an udara Rusia dilaporkan membunuh 370 orang dengan satu pertiga daripada mereka ialah orang awam.
Perpindahan beramai-ramai itu bertumpu di bandar Aleppo, selatan Syria yang merupakan sebuah daripada lima kawasan yang menyaksikan kemaraan tentera Bashar de­ngan dibantu serangan udara Rusia sejak 30 September lalu.
“Sekitar 35,000 penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal mereka di barat daya Aleppo susulan serangan tentera Syria,” kata jurucakap Pejabat Koordinasi dan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Vanessa Huguenin.
Menurut Huguenin, ramai mangsa perang itu amat memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas lain seperti tempat berlindung memandang­kan cuaca semakin sejuk.
Peperangan di Syria telah meragut lebih 250,000 nyawa rakyatnya dan memaksa berjuta-juta lagi menjadi pela­rian sejak Mac 2011. Kebanjiran pelarian dari Syria menimbulkan ketegangan di Eropah baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rusia telah melancarkan lebih 500 ­sera­ng­an udara bagi menyokong Presiden Bashar. Serangan itu dilaporkan membunuh 370 orang termasuk 120 orang awam, kata Kumpulan Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
Jumlah itu termasuk 45 pemberontak dan orang awam yang mati pada Isnin lalu di utara kubu kuat tentera Syria di wilayah Latakia, jelas badan tersebut.
Serangan udara Rusia me­n­yasarkan wilayah Aleppo, Damsyik, Homs dan Idlib, manakala 100,000 penduduk melarikan diri daripada sera­ngan darat tentera Syria di Aleppo, Hama dan Latakia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3pL1oaXAw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment