Saturday 10 October 2015

Jeneral Iran terbunuh di Syria


Ankara: Seorang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran berpangkat jeneral terbunuh berhampiran Aleppo, tempat dia menjadi penasihat kepada tentera Syria dalam pertempuran mereka dengan kumpulan Negara Islam (IS).

Dalam kenyataannya, Pengawal Revolusi Iran berkata, Jeneral Hossein Hamedani terbunuh malam kelmarin selepas memainkan peranan penting dalam menentang IS.

Iran ialah sekutu serantau utama Presiden Syria Bashar al-Assad dan menyediakan sokongan ketenteraan dan ekonomi kepada negara itu sepanjang perang saudaranya yang berlarutan sejak empat tahun lalu.

Iran sebelum ini menafikan menghantar tentera ke Syria, tetapi mengaku memberikan khidmat nasihat kepada askar Bashar.

Bagaimanapun, sumber berkata minggu lalu, ratusan tentera Iraq kini berada di Syria selepas tiba hujung September lalu untuk mengambil bahagian dalam serangan besar-besaran terhadap penentang Bashar di barat dan barat laut Syria. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:04 AM

Hossein
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83925#sthash.aI9S5kQb.dpuf

No comments:

Post a Comment