Friday 30 October 2015

Lima budak korban baharu pelarian


Lima budak korban baharu pelarian

30 OKTOBER 2015
Lima budak korban baharu pelarian Seorang daripada kanak-kanak yang mati lemas dibawa ke tepi pantai oleh pasukan penyelamat.

ATHENS - GREECE. Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak menjadi korban baharu pelarian selepas bot dinaiki mereka terbalik di Greece, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap polis pelabuhan memaklumkan dua orang dewasa turut maut dalam insiden itu manakala lebih 200 lagi berjaya diselamatkan dari salah sebuah daripada empat bot di luar pantai utara Pulau Lesbos di Athens.

"Kebanyakan mangsa mengalami hiportemia di mana suhu badan jauh lebih rendah dari paras normal. Jumlah pelarian yang masih hanyut juga masih belum dapat dipastikan kerana angka sebenar migran yang menyertai perjalanan tersebut gagal diperoleh," katanya lagi.

Difahamkan, kejadian terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian yang terkorban pada bulan ini mencecah kepada 36 orang.

Data diperoleh daripada Pejabat Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan lebih 3,200 telah terkorban ketika cuba menyeberangi perairan Greece dan kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak, lapor AFP.

No comments:

Post a Comment