Wednesday 28 October 2015

Taliban tawan daerah utara Afghanistan



KABUL: Militan Taliban menakluki sebuah daerah di wilayah Takhar di utara Afghanistan dan pertempuran sengit berlaku hari ini dengan tentera kerajaan berjuang untuk mengambil alih kawasan itu, menurut seorang pegawai.
Enam anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh dalam pertempuran di daerah Darqad, kawasan bersempadan dengan Tajikistan, menurut jurucakap gabenor wilayah itu, Sonatullah Taimor.
Wilayah terbabit tidak terjejas akibat gempa bumi di utara Afghanistan kelmarin yang berpusat di wilayah Badakhshan, kawasan berhampiran dengan zon konflik itu.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, melalui e-mel kepada organisasi media menyatakan pertempuran di Darqad bermula pada waktu subuh hari ini.
Beliau berkata, dua pejuang Taliban terbunuh ketika kumpulan itu merampas bangunan kerajaan, termasuk ibu pejabat polis.
Pegawai Afghanistan berkata, Taliban bergabung dengan pemberontak lain seperti Gerakan Islam Uzbekistan dan bergerak ke seluruh wilayah utara dengan matlamat menyusup masuk ke negara Asia Tengah. - AP

No comments:

Post a Comment