Tuesday 24 November 2015

Makam Khalid Al-Walid r.a Hampir Musnah



Khalid Al-Walid
Makam “PEDANG ALLAH” & Anaknya hampir musnah akibat tangan-tangan Syaitan Rejim Asad yang mengebom.. Mujahidin berusaha mempertahankan makam Khalid al-Walid r.a sehingga darah dan keringat yang terakhir.. Kejadian berlaku di Masjid Saidina Khalid bin Walid, iaitu di daerah Homs,syiria pada 11/07/2013.. Ramadhan yang lalu..
Lihat Gambar  Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:
Makam Khalid al-Walid 1
Makam Khalid al-Walid 2
Makam Khalid al-Walid3
Makam Khalid al-Walid 4
Biografi Ringkas Khalid al-Walid r.a:
 Khalid bin Al Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran “SAIFULLAH”(Pedang Allah) dari Rasulullah s.a.w.
 Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.
 Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rome yang berjumlah 200,000 orang.
 Saidina Khalid bin Al Walid sebelum masuk Islam merupakan salah seorang penentang Islam yang paling keras.
 Setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid menjadi tentera yang paling keras menentang musuh-musuh Islam. Kerana keberanian,kegagahan dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang yang besar.
 Antara peperangan yang beliau terlibat ialah memerangi golongan murtad,menakluk kerajaan parsi,dan puncak kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera Rom dalam Perang Yarmuk.
 Di zaman khalifah Umar bin Khatab r.a Saidina Khalid bin Al Walid digugurkan dari jawatan Panglima.Namun dia terus berjuang walaupun Cuma sebagai tentera biasa.
 Beliau berhijrah ke Bumi Syam(Syiria) bersama isteri dan anak-anaknya.
Pada tahun 21 hijrah Saidina Khalid bin Al Walid jatuh sakit.Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.
Meninggal dunia ketika berusia 55 tahun.
 Semasa dimandikan jenazah beliau terdapat 80 bekas parut luka diseluruh badannya.
 Khalid bin Al Walid tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan.
Lihat Video Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:

No comments:

Post a Comment